Menteri Industri Utama, Teresa Kok berucap pada Majlis Pelancaran Label Baru Minyak ALIF di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Semua produk buatan Malaysia sepatutnya menerima sokongan daripada pelbagai kaum.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim sedih dengan perkembangan terkini tentang gerakan memboikot produk yang dihasilkan oleh golongan bukan bumiputera.

“Saya rasa sedih dengan tindakan memboikot produk bukan Melayu. Saya menjelajah ke sana sini demi produk kita (minyak khususnya) yang merupakan produk Malaysia,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Label Baharu Mintak ALIF hari ini.

Tambah Teresa,  pemikiran rakyat kita tidak boleh disempitkan dengan hanya berfikir Malaysia hanya untuk produk Melayu semata-mata.

“Kita tidak boleh hanya kata produk di negara kita adalah hanya produk Melayu,” jelasnya.

Beliau berkata, slogan yang patut digalakkan adalah belilah barangan buatan Malaysia yang dihasilkan oleh industri kecil sederahana pelbagai bangsa dan agama.

Beliau turut mengambil contoh hasil kelapa sawit yang diusahakan pelbagai kaum di negara ini, tentunya dalam produk tersebut tidak boleh dikenali sebagai produk bumiputera sebaliknya ia adalah hasil daripada tanah Malaysia.

Sebelum ini, NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dilaporkan menggerakkan Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahya berkata, kempen tersebut bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 30 Ogos yang lalu berkata memboikot adalah produk bukan Muslim hanyalah perbuatan orang yang berfikiran cetek. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SETiAP SEN YANG KiTA BELANJAKAN UNTUK PEMBANGUNAN EKONOMi UMAT iSLAM, KiTA AKAN MENDAPAT MANFAATNYA Di DUNiA & AKHiRAT KELAK AKAN MENJADi HUJJAH KiTA Di HADAPAN “الله” KERANA MEMBANTU SESAMA ORANG iSLAM.

Comments are closed.