Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – “Fahmi, Fahmi. Tanya Fahmi.”

Itu kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika ditanya wartawan selepas mesyuarat biro politik parti berkenaan di Petaling Jaya dekat sini malam ini.

Anwar ‘diserbu’ bagi mendapatkan komen mengenai siasatan kes jenayah melibatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Menurut laporan Malaysikini, Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudiannya keluar dari bangunan itu semasa Fahmi mengadakan sidang media.

Dalam pada itu,, Fahmi berkata, PKR menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes Farhash berkaitan merusuh dengan senjata baru-baru ini.

“Pihak berkuasa boleh melakukan siasatan sepenuhnya dan kerjasama boleh diberikan.

“Parti tak ada buat tanggapan berkenaan kes tersebut, terpulang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan,” katanya.

Mengenai ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Fahmi berkata, mesyuarat malam ini tidak membincangkan perkara itu.

Mohamed Azmin kini mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di luar negara.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Farhash masih belum muncul bantu siasatan – SAC Fadzil