Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 9 September 2019, merupakan antara lima cuti umum yang wajib diberi kepada pekerja.

Ia berdasarkan Seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 yang tidak boleh digantikan kepada tarikh lain

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia berkata, Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan bahawa 30 Julai 2019 yang lalu sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis Pertabalan  Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah.

Cuti ini telah diisytiharkan di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951(Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cuti ini adalah merupakan cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja swasta menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh menggantikan cuti umum kepada pekerjanya.

Dalam hubungan tersebut, majikan dikehendaki memberitahu pekerjanya sama ada majikan memilih tarikh 30 Julai 2019 sebagai cuti umum atau menggantikan ke tarikh lain dalam tahun ini juga.

Sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ampun Tuanku, patik seorang pengawal keselamatan, jd patik terpaksa bekerja. Patik mohon Ampun Tuanku,

Comments are closed.