Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Dr. Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menghapuskan Skim Pencen Perkhidmatan Awam masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, cadangan tersebut masih di peringkat kajian dan perlu diperhalusi lagi.

“Saya difahamkan masih banyak perkara yang perlu diperhalusi dan ianya masih di peringkat kajian.

“Kami masih belum bincangkan perkara ini di Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program WinBiz di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, satu mekanisme baharu akan diperkenalkan bagi mengantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Mekanisme yang disasarkan untuk mengurangkan beban kerajaan sehingga RM5 bilion setahun itu dijangka dilaksanakan tahun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast