Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak dapat menahan sebak sementara menunggu solat jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto NOOREEZA HASHIM, 05 SEPTEMBER 2019
KUALA LUMPUR – Suasana hiba di Masjid Muhammad Al-Fatih Kem Wardieburn turut menyentuh hati Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang berada di situ bagi menunaikan solat jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya kira pukul 2.43 pagi tadi.
Ada masanya beliau dilihat tidak dapat menahan sebak terutamanya ketika menenangkan anak-anak dan keluarga Allahyarham yang menemui ajal akibat cedera parah terkena tembakan semasa demonstrasi pelancaran divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 di Padang Kawad 6 RAD, Kem Lok Kawi semalam.
Jelas beliau, Sidang Dewan Keadilan dan Undang pada 31 Julai 2026 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah memuktamadkan pengisytiharan 19 April 2026 itu tiada kesan undang-undang dan tidak boleh diguna pakai kerana tidak memenuhi syarat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.