BANGI – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu melenting dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh rakyat di negara ini kepada kerajaan, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menurut beliau, budaya mengkritiknya dasar-dasar yang dilakukan kerajaan telah meresap ke hati rakyat sebagaimana yang pernah dibawa oleh PH sebelum merampas kepimpinan Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.

“Sekarang rakyat berani lawan kerajaan dan kutuk menteri.  Itu kita tidak boleh pertikai kerana kita sendiri yang ajar rakyat buat dan ini menjadikan kita mangsa,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Serdang 2019 di Bangi Golf Resort.

Tambah Tian Chua lagi, dasar mengkritik kerajaan terlalu menebal dalam rakyat masa kini kerana ia hebat diperjuangkan oleh PH selaku pembangkang dahulu.

Justeru itu katanya, kepimpinan harus menerima kritikan demi kritikan rakyat dan terus bekerja demi memenangi hati rakyat sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

“Apa yang kita perjuangkan bukan untuk diri sendiri, kita sudah jadi parti memerintah, jadi kita terpaksa telan apa yang kita cuba capai dulu.

“Inilah hasil daripada perjuangan kita. Harap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Jelas bekas Ahli Parlimen Batu itu lagi, rakyat hari ini semakin cerdik dalam menilai pentadbiran sesebuah kerajaan.

Malah katanya rakyat semakin berfikir secara kritis terhadap dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

“Saya selalu kata bahawa rakyat mengambil 20 tahun untuk benci Mahathir, sekarang kita suka balik. Tapi 20 tahun rakyat baru sedar nak jatuhkan kerajaan dan BN.

“Tun Abdullah Badawi dua penggal pegang kerajaan baru rakyat nak lawan dia. Najib satu penggal sahaja orang sudah lawan dia.

“Untuk kerajaan baharu hanya enam bulan sahaja rakyat akan benci. Memang betul, rakyat sudah benci. Kita bukan jadi jahat tetapi rakyat makin cerdik.

“Apa yang kita lakukan rakyat akan kritik kerana ada kebebasan. Kerana kritikan itu dulu kita kena fikir dulu sebab ada pemantauan daripada Cawangan Khas. Tapi sekarang tidak ada. Senang sahaja kritik kerajaan,” jelas Tian Chua. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Baguslah….satu lonjakan saujana dalam cara berkerajaan di malaysia…tinggal lagi benda ni baru oleh itu memang ada yg masih kekok dan tidak pandai guna kemudahan lantaran terlalu gairah dan lebih teruk lagi berbaur dg nafsu amarah…biasa dan akan menjadi satu wadah pendidikan bernegara.

  2. Ada satu lagi kebiasan org melayu….berkait dg kata kata TM…org melayu lebih mudah digerakkan dg kata cabaran dan sudah tentu ada nada mengata dalamnya….mungkin ini tidak dapat diterima namun sy melihat dr aspek positif….yg boleh meransang semangat maju diri/ bangsa melayu…. contoh paling jelas bila melihat dap menjadi salah satu kompenan pentadbiran dalam kerajaan….

Comments are closed.