KUALA LUMPUR – Pesawat AirAsia Thai terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di Male, Maldives selepas menghadapi isu teknikal selepas 22 minit berlepas pada petang Khamis lalu.

Semasa kejadian, pesawat FD178 itu berlepas dari lapangan terbang tersebut ke Bangkok.

Ia terpaksa berpatah balik selepas enjinnya terbakar.

Portal Maldivian The Edition melaporkan, saksi-saksi mendakwa sebuah enjin kapal terbang sedang terbakar ketika ia terbang.

Ia memetik seorang penumpang yang mendakwa kebakaran berlaku ketika pesawat terbang di udara sebelum membuat pendaratan kecemasan.

Juruterbang telah memaklumkan kejadian itu kepada 58 orang penumpang sebelum meminta keutamaan untuk mendarat.

AirAsia Group telah mengesahkan kejadian itu.

Syarikat penerbangan itu berkata, masalah teknikal pesawat itu telah diselesaikan sebelum ia berlepas.

Pesawat tersebut selamat pendarat pada jam 8.41 malam waktu tempatan.

Ketua Keselamatan AirAsia, Kapten Ling Liong Tien berkata, juruterbang-juruterbang syarikat ini terlatih untuk menangani pelbagai jenis insiden, ketika penumpang mungkin mendengar bunyi kuat, tidak ada risiko diambil terhadap keselamatan penumpang.

Penerbangan pesawat itu kemudian dibatalkan. – MalaysiaGazette