KUALA LUMPUR – Bacaan indeks kualiti udara di Sri Aman, Samarahan dan Kuching masih masih sangat tidak sihat sehingga pukul 6 petang tadi.

Sri Aman mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara 245, Kuching dan Samarahan pula masing-masing 223 dan 204.

Ketiga-tiga kawasan ini merekodkan bacaan sangat tidak sihat sejak awal pagi tadi.

Tetapi, bacaan kualiti udara di Samarahan dikategorikan tidak sihat pada pukul selama empat jam mulai 12 tengah hari tadi apabila merekodkan bacaan 200 hingga pukul 1 petang.

Kemudian 199 pada pukul 2 petang dan 3 petang sebelum naik semula kepada 201 pada pukul 4 petang.

Sibu, Sarikei, SK Kuala Baram 2, Mukah, Miri, ILP Miri pula masih mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Bagi indeks pencemaran udara, bacaan 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya.

Kualiti udara di Sarawak semakin buruk susulan kebakaran ladang di Sumatera dan Kalimantan.

Keadaan itu diburukkan apabila hujan diramal tidak berlaku pada minggu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast