Dr Siti Mariah Mahmud

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Amanah Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud, nyaris tersingkir daripada senarai 15 calon yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan kepemimpinan parti itu di kawasan Puchong hari ini.

Mariah berada pada kedudukan agak ke bawah selepas keputusan dibacakan pada pemilihan Amanah Puchong yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya tengah hari tadi.

Malah, jumlah undian yang diperoleh Siti Mariah hanya 52 sahaja, lapor Malaysiakini.

Menurut sumber laman portal itu, nama Siti Mariah juga tidak mendapat sokongan yang signifikan apabila undian untuk memilih ketua Amanah kawasan dibincangkan.

Mesyuarat Amanah Puchong itu dirasmikan exco Selangor, Izham Hashim, yang juga Adun Pandan Indah.

Siti Mariah yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, ialah bekas anggota Parlimen Kota Raja yang bertanding di DUN Seri Serdang pada PRU tahun lalu. – MalaysiaGazette