Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Maklumat pihak yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Peraturan itu di bawah garis panduan bagi kelulusan ketua pengarah di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, garis panduan baharu itu menggantikan garis panduan bertarikh 15 Mei dan berkuat kuasa mulai 5 September.

Menurutnya, garis panduan itu mengambil kira saranan Menteri Kewangan iaitu hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada LHDNM berbanding maklumat penderma yang menderma RM5,000 dan ke atas sebelum ini.

Garis panduan baru itu telah dimuat naik pada laman rasmi LHDN di www.hasil.gov.my, kata LHDN dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Agensi tersebut menasihatkan semua pihak yang memperoleh kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini agar sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan dalam garis panduan tersebut bagi mengelakkan status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan oleh sebarang ketidakpatuhan. – MalaysiaGazette