JOHOR BAHRU – Seorang penyanyi lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah dadah jenis syabu di kawasan Taman Perling, di sini, malam tadi.

Bekas vokalis sebuah kumpulan popular 90-an itu ditahan kira-kira 11.30 malam bersama seorang lagi rakan lelaki.

Difahamkan, kedua-dua mereka menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 di kawasan terbabit manakala dadah itu ditemui di dalam dompet penyanyi berkenaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-duanya positif dadah.

Penyanyi berumur 41 tahun itu pernah didakwa di Mahkamah Majistret di sini beberapa tahun lepas berkaitan dadah dan pernah menyertai sebuah program hiburan realiti.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast