KUALA LUMPUR – Daripada terpalit dengan isu boikot adalah lebih baik kempen membeli produk dan barangan keluaran Muslim disokong oleh semua pihak.

Ia kerana, sokongan itu bukan bersifat rasis, sebaliknya membantu ekonomi orang Islam yang kelak akan memanfaatkan semua pihak termasuk bukan Islam dalam mengembangkan ekonomi Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk menembusi pasaran Halal di seluruh dunia.

Yayasan Patriot Negara dalam kenyataannya berkata, apabila usaha ini mendapat sokongan semua pihak, lebih banyak peluang perniagaan dan ekonomi dapat direbut serta dimanfaatkan apabila produk dan barangan keluaran tempatan mendapat tempat di persada Asia dan antarabangsa.

“Kempen Buy Muslim First (BMF) bukanlah usaha memboikot produk kaum lain tetapi lebih kepada mengutamakan produk yang halal, bersih dan berkualiti,” katanya.

Secara tidak langsung, kejayaan itu nanti akan dapat mengurangkan jurang ekonomi antara rakyat Malaysia, selain menyumbang kepada keharmonian ekonomi bersama-sama.

Malah, percaya, persaingan sihat dalam sektor perniagaan seharusnya akan memacu ekonomi negara ke arah lebih sihat dan maju lagi.

Katanya, kempen Buy Muslim First (BMF) bukanlah usaha memboikot produk kaum lain tetapi lebih kepada mengutamakan produk yang halal, bersih dan berkualiti.

Malah, Yayasan Patriot Negara berkata, pihaknya juga sama sekali menolak usaha boikot produk bukan Muslim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast