Penghibur Jalanan berkostum Elmo ditahan kerana meraba raba gadis berusia 14 tahun semasa mengambil gambar.

NEW YORK – Seorang penghibur jalanan yang mengenakan kostum Elmo dari Sesame Street ditahan polis kerana didakwa meraba seorang gadis berusia 14 tahun di Times Square.

Menurut polis, Inocente Andrade-Pacheco ditahan polis pada Sabtu lepas selepas ahli keluarga mangsa mendakwa anak perempuan mereka diraba oleh suspek ketika mengambil gambar.

Andrade dihadapkan di Mahkamah Jenayah Manhattan dan dituduh menyentuh bahagian sulit mangsa secara paksaan.

Pendakwaraya berkata, berapa saksi di lokasi kejadian didakwa melihat Andrade meraba badan dan punggung gadis remaja itu.

Tertuduh bagaimanapun menafikan pertuduhannya dan mohon dibicarakan.

Dia kemudian dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak AS$7,500 namun mahkamah tidak mengumumkan tarikh sebutan kes.

Kes seumpama pernah dilaporkan di AS apabila pada tahun 2014 seorang lelaki dengan kostum Woody dari Toy Story ditahan atas kesalahan jenayah seks.

Pada 2014, seorang lagi lelaki yang mengenakan kostum adiwira Spiderman ditahan kerana menumbuk polis di muka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast