Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya diusung oleh pegawai Grup Gerak Khas untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun selepas solat jenazah di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.

Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.

BACA: Tembakan ke atas Mejar Mohd Zahir tidak disengajakan – polis

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mej Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

— BERNAMA

Artikel berkaitan:

Anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast