KUALA LUMPUR – Kegagalan Harimau Malaya mengekalkan rentak permainan high pressing serta kelemahan dalam penyudahan bahagian serangan yang tumpul menyebabkan mereka tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam ini.
Jurulatihnya Tan Cheng Hoe berkata, harapan menang atas pasukan pelawat the Whites kendalian jurulatih warga Belanda Lambertus Marwijk namun kalah akhirnya dalam aksi Pusiingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asian 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Bagaimanapun anak murid saya secara keseluruhannya mempamerkan aksi yang cemerlang malam ini.
“Kami cuma tidak dapat mengekalkan rentak serta kepantasan serangan penyudah selain hantaran bola yang kemas di separuh masa kedua menghukum pasukan.
“Kalau bukan menang pun sepatutnya mendapatkan keputusan seri, tidak mengapa. Selepas ini mereka harus bekerja keras untuk perlawan Oktober ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Beliau juga mengakui skuad sepatutnya berpeluang cerah untuk menambah jaringan lebih pada 20 minit pertama babak pertama dengan aksi bertekanan tinggi ke atas lawan yang menduduki rangking Ke-65.
“Cuma kamu tahu pasukan kami lawan tadi UAE yang mana berbeza berbanding Indonesia Khamis lalu dan padang pun okey.
“Maka saya nak fokus lebih kepada pasukan untuk persiapan menentang dua aksi menentang Vietnam di tempat lawan dan di Bukit Jalil masing masing Oktober dan pertengahan November ini,” katanya lagi.
Malah katanya, pemain selepas ini perlu menambah keyakinan dan komitmen mereka sambil menjelaskan pihaknya akan memberi fokus untuk perbaiki kesilapan tidak patut di depan gol, hantaran bola dan kembali bertahan jika diserang lawan pada perlawanan akan datang.
“Saya tidak mahu beri alasan kepenatan menang Indonesia untuk keputusan malam ini sebab kami latih sejak Julai lagi dan harap pemain saya belajar dari kesilapan untuk mencatat kemenangan nanti,’ katanya.
Menerusi keputusan malam tadi, Malaysia kini menduduki tangga ketiga dengan tiga mata menerusi dua perlawanan di Kumpulan G.
Thailand mengungguli carta kumpulan G dengan 4 mata menerusi satu seri dan menang 3-0 ke atas Indonesia di Jakarta malam tadi diikuti UAE di tempat kedua dengan 3 mata selepas satu perlawanan.-MalaysiaGazette