Gambar hiasan

BANGKOK – Setiap 40 saat, seseorang kehilangan nyawa akibat bunuh diri dan hampir 800,000 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Menangani Bunuh Diri.

Bunuh diri adalah kematian kedua paling tinggi dalam kalangan individu berusia antara 15 hingga 29 tahun, kanak-kanak berumur tahun selepas kecederaan jalan raya.

Thailand, yang menduduki tempat ke-32 dengan 14,4 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 penduduk – atau hampir 10,000 kematian bunuh diri tahun lepas – memegang kedudukan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Ia diikuti oleh Singapura (kedudukan ke-67 dengan nisbah 11.2 ) dan Laos (84 dengan nisbah 8.6).

Filipina mempunyai kadar terendah di ASEAN (163 dengan nisbah 3.2).

Brunei pula tidak ada dalam senarai 183 negara yang terlibat dalam kes tersebut. – MalaysiaGazette