azizi safar
Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Tidak seperti dulu, kini rata-rata Menteri mahu pun Timbalan Menteri seolah-olah mempunyai banyak masa terluang dengan memaanfatkannya sehabis sebaik mungkin dalam laman sosial.

Malah ada juga dalam kalangan mereka menggunakan platform itu untuk menulis blog dan mengarang warkah.

Itu luahan pemerhati politik, Azizi Safar dalam Facebook beliau apabila mendapat maklum balas daripada masyarakat umum yang sependapat dengan beliau.

“Banyak sungguh masa terluang Menteri-Menteri Kabinet sekarang, boleh ‘update’ FB, berbalas tweet, menulis blog serta mengarang warkah,” katanya.

Walaupun Azizi tidak merujuk kepada sesiapa namun pendapatnya itu mebih menjurus ke arah Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Khalid dalam akaun twitter memberi ulsan mengenai tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menurunkan bunting majlis penyatuuan ummah yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu ini.

Berikutan itu, isu tersebut menjadi semakin hangat dengan bilangan bunting dipersoalkan dan tuduh menuduh berlarutan selain daripada komen negatif yang dilemparkan warga net ke atas beliau

Khalid dalam ciapan twitternya hari ini mendakwa hanya dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), surat permohonan dari UMNO untuk pemasangan bunting hanya sebanyak 150 unit sahaja.

Katanya, beliau was-was untuk mempercayai pihak mana, sama ada DBKL yang memaklumkan kepadanya hanya 150 bunting sahaja atau UMNO menerusi surat permohonan rasminya menyatakan pemasangan untuk 1,000 unit bunting.

Bagaimanapun ciapan itu mendapat kritikan pelbagai pihak kerana terdapat surat permohonan UMNO yang tular mendedahkan parti itu sebenarnya telah memohon untuk memasang sebanyak 1,000 unit bunting.

Sementara itu, Azizi yang juga ahli UMNO berkata, bunting dan papan tanda bagi tujuan promosi adalah satu pembaziran kerana orang ramai telah tahu tentang Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) pada 14 dan 15 September ini.

“Usah bazir wang hendak gantung ribu keping sepanjang jalan jika satu dunia sudah tahu tentang majlis yang hendak di adakan ini. Iklan di media digital sudah cukup zaman. Capaian lebih meluas. Be smart,” tegurnya. –

Isu pemasangan bunting HPU, siapa penipu?