NEW YORK – Hanya beberapa hari selepas muncul juara beregu campuran Tenis Terbuka Amerika Syarikat Sabtu lalu, Bethanie Mattek Sands mendaftar sebagao pelajar di Universiti Harvard.

Mattek Sands, 34, mengumumkan berita meneruskan pengajian beliau dalam akaun twitter peribadinya semalam.

Sebelum itu, beliau bergandingan dengan Jamie Murray untuk mempertahankan kejuaraan bergu campuran yang dimenanginya musim lalu.

Mattek berkongsi gambar yang diambil di hadapan bangunan batu merah universiti itu di Massachusetts mengenakan baju kemeja T putih dengan slogan “Girls can do anything’.

Seorang lagi jaguh tenis wanita warga Denmark pula, Wozniacki, 29, yang turut menyertai kampus sama berkata menuntut di Harvard merupakan impian yang menjadi kenyataan dalam hidupnya.

Beliau memuat naik gambar dengan memegang dokumen pendaftaran sebagai mahasiswi di Harvard dalam instagram.

“Diterima sebagai pelajar Harvard umpama impian menjadi kenyataan akhirnya. terima kasih Harvard kerana memberi peluang keemasan ini” berbunyi teks beliau dalam Instagram.-MalaysiaGazette