MADRID – Bek tengah Real Madrid, Sergio Ramos memberi sokongan terbuka kepada rakan posisinya di Liverpool, Virgi van Dijk untuk memenangi Ballon d’Or kali ini.
Ramos berpendapat Van Dijk telah menjadi tulang belakang dalam membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) pada musim lalu.
Van Dijk bersaing dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk anugerah beprestij itu.
Bintang Belanda itu telah menewaskan dua pemain tersebut dalam Anugerah UEFA baru-baru ini.
“Van Dijk adalah pemain pertahanan yang sangat hebat dan dia bermain sangat bagus serta menikmati musim lalu yang cemerlang.
“Jika dia menang Ballon d’Or, ianya kerana dia berhak.
“Kita terlalu banyak bercakap tentang Ballon d’Or adalah tentang Cris (Cristiano Ronaldo) dan Lionel Messi,” katanya.
Sebelum ini, Luka Modric menamatkan duopoli Ronaldo-Messi dalam Ballon d’Or pada tahun lalu.
Dia menjadi pemain pertama memenanginya sejak 2007 selain daripada Messi atau Ronaldo.
Sudah lebih 10 tahun, pertahanan tidak memenangi Ballon d’Or selepas kali terakhir ialah Fabio Cannavaro pada 2006.
Van Dijk merupakan bek tengah yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA musim lalu selain daripada Anugerah Pemain Terbaik UEFA 2019. – MalaysiaGazette