Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong yang kini tidak lagi boleh ditatap oleh netizen.

KUALA LUMPUR – Ekoran ciapan yang tidak beradab mempertikaikan pendekatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif di laman Twitter, seorang netizen tampil dengan warkah memohon ampun disebabkan keceluparannya.

Firdaus Asraf yang menggunakan akaun @frdsasrf menerusi warkahnya itu melahirkan rasa kesal kerana berkelakuan biadab dan bersedia mengadap Raja Permaisuri untuk menyampaikan permohonan maaf itu.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melaunkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam ciapan yang sempat dimuatnaik oleh netizen walaupun akaunnya tidak dibuka kepada umum.

Awal pagi tadi, netizen melahirkan rasa kecewa apabila baginda menutup akaun Twitter Azizah Iskandar@cheminahsayang selepas ciapannya menerima komen negatif dari beberapa netizen.

Tindakan itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan kebanyakannya merayu supaya Raja Permaisuri mengaktifkan semula akaunnya supaya mereka dapat mengikuti perkembangan semasa beliau dan kaum keluarga. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Netizen rayu Raja Permaisuri Agong aktif semula akaun Twitter

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast