Najib Razak

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Pakatan Harapan (PH) didakwa amat bimbang dengan kehadiran orang ramai di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra esok.

Disebabkan itu, Khalid tidak habis-habis ‘meroyan’ berhubung isu bunting yang dipasang oleh UMNO, dakwa Datuk Seri Najib Razak.

“Mula-mula dia fitnah bahawa UMNO hanya pohon 150 gegantung (bunting) sambil tuduh UMNO penipu dan mempergunakan agama.

“Bila ditunjuk bukti, dia kata dia lebih percaya DBKL.

“Lepas tu dia kata DBKL meminta maaf kerana salah sebut 150 gegantung. tapi Khalid sendiri tak nak minta maaf walaupun kantoi menipu. (https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/posts/10156292314651436)

“Last-last dia kata “kena tanya Najib”. Seolah-olah Najib yang salah lagi walaupun dia yang terkantoi memfitnah,” ujar Najib.

Sebenarnya, kata bekas perdana menteri itu, PH khususnya Parti Amanah Negara telah malu besar awal tahun ini apabila Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka tidak mendapat sambutan.

Walaupun tidak kurang daripada lima menteri hadir termasuk Khalid, jumlah Rakyat yang hadir amat kecil sehingga diketawakan oleh Netizen masa itu.

“Walaupun BERNAMA laporkan ada 2,000 orang yang hadir, netizens kira tak sampai 1,000 orang.

“Bila media tanya kenapa kehadiran sangat mengecewakan, Menteri PH hanya mampu jawab: “Faham mesej. Jangan tengok jumlah kehadiran”,” katanya. – MalaysiaGazette

Bunting HPU: DBKL minta maaf, saya hanya rujuk surat – Khalid Samad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast