Nuridah Mohd Salleh- 13 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas tidak perlu bimbang dan melatah meskipun menerima pelbagai serangan menjelang hari bersejarah di mana kerjasama kedua-dua parti itu akan termerai esok.

Jelas Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Salleh apa yang dilakukan oleh kedua-dua parti berlandaskan prinsip yang bukan sahaja memberikan kebaikan kepada agama juga  rakyat.

“Pas dan UMNO tidak perlu rasa gundah gulana sebab penyatuan ini adalah penyatuan yang berprinsip dan kita sedar apa yang kita lakukan bertetapan yang dikehendaki Allah dalam Al-Quran.

“Jadi jangan kita takut dengan celaan orang mengeji, jadi move forward untuk Pas dan UMNO,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad.

Katanya lagi, hanya orang yang membenci kepada perpaduan dan kedamaian sahaja akan mencaci keputusan parti itu.

“Orang yang keji ni yang tak tak suka kedamaian dan perpaduan. Sepatutnya kita seronok tengok perpaduan, tak ada lagi pergaduhan, kita berbaik-baik,” ujar Nuridah lagi.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik puagam UMNO dan Pas yang akan dimeterai rasmi esok oleh kedua-dua Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.-MalaysiaGazette