Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad (empat kanan) diiringi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh (lima kanan), Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zarida Zarik Khan (tengah) dan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor (lima kiri) bergambar bersama penyokong UMNO dan PAS melaungkan 'Penyatuan Ummah' pada Pentas Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR –  Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad menyifatkan Pakatan Harapan sebagai parti tidak sedar diri apabila asyik melabelkan kerjasama  UMNO dan Pas tidak akan bertahan lama dan mencipta pelbagai persepsi negatif lain.

Kritikan demi kritikan terhadap usahapembangkang juga bagi Noraini membuktikan kerajaan tidak fokus kepada tugas yang sepatutnya sebaliknya memberi tumpuan kepada kedua-dua parti itu.

“Ini menunjukkan mereka tidak ada kerja lain jadi tiap mereka fikir apa Wanita UMNO akan buat, apa UMNO akan buat, mereka fikir ini hari-hari.

“Soalan itu kita tanya balik dengan soalan kepada mereka. Adakah mereka tahu mereka akan jadi kerajaan sepenggal? Mereka pula nak fikir siapa akan jadi perdana menteri yang akan kita bawa?” katanya dalam sidang media selepas Himpunan Wanita Penyatuan Umma bersama Ketua Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Salleh.

Noraini berkata demikian mengulas soalan veteran DAP Lim Kit Siang tentang calon Perdana Menteri yang akan dibawa oleh parti pembangkang itu jika menang pada pilihan raya akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad (dua kanan) diiringi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh (kanan), Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zarida Zarik Khan (kiri) dan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor (dua kiri) bertukar cenderahati pada Pentas Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 SEPTEMBER 2019

Menurut beiau, segala kritikan terhadap penyatuan kedua-dua parti yang akan dimeterai secara rasmi esok tidak lebih sebagai provokasi untuk menghentikan perpaduan yang akan mengukuhkan mereka.

Apatah lagi jelasnya, apabila penyatuan UMNO dan Pas berbeza daripada Pakatan Harapan yang bukan semata-mata kerana kedudukan politik semata-mata sebaliknya demi perpaduan pelbagai kaum.

“Yang melaksanakan penyatuan ummah ini adalah dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas, yang terasa tamparannya adalah Pakatan Harapan.  Jadinya sebab tulah mereka buat pelbagai provokasi.

“Apa yang mereka hendakkan adalah penggabungan ini ini tidak berjaya tapi hari ini (sebaliknya berlaku). (Penyatuan ini) adalah permulaan, permulaan kepada kejayaan.

“Kita nak tunjukkan kita pembangkang yang kredible dan pernyatuan ini perpaduan yang tidak ditawarkan oleh Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong itu menegaskan apa juga yang dikatakan oleh Pakatan Harapan sekali-kali tidak menggoyahkan kerjasama UMNO dan Pas.

Selain Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerjasama kedua-dua parti itu  tidak akan kekal lama, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy juga menyifatkan bahawa pakatan tersebut ‘misi bunuh diri’ buat UMNO. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast