Sistem pertahanan peluru berpandu, Patriot buatan Amerika Syarikat.

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata beliau akan berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai pembelian peluru berpandu, Patriot pada bulan ini sambil menyatakan hubungan dengan pemimpin AA itu akan mengakhiri krisis yang dicetuskan oleh pemilikan sistem pertahanan Rusia oleh Ankara.

Turki yang membeli sistem peluru berpandu, S-400, buatan Rusia pada Julai lalu menyaksikan sekatan dilakukan AS dan Jabatan Negara AS berkata, tempoh tawaran untuk menjual sistem pertahanan Patriot kepada Ankara telah luput.

Bagaimanapun, Erdogan memberitahu Reuters bahawa beliau telah berbincang mengenai pembelian Patriot dengan Trump menerusi perbualan telefon dua minggu lalu dan akan melakukan perbincangan susulan apabila mereka bertemu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada minggu depan.

“Saya kata tak kira pakej apa, kami peroleh S-400, kami boleh beli daripada anda jumlah tertentu Patriot,” kata Erdogan kepada Reuters.

“Bagaimanapun saya berkata kami perlu melihat syarat bahawa sekurang kurangnya ia setanding dengan S-400,” kata Erdogan sambil menambah beliau merujuk kepada kemungkinan pengeluaran bersama dan terma-terma pinjaman.

“Dia (Trump) berkata ‘Anda serius?’ Saya kata ‘Ya; kata Erdiogan sambil menambah beliau memberitahu Trump bahawa mereka boleh berbincang mengenai perkara itu dengan lebih terperinci apabila kedua-dua peminpin tersebut bertemu.

Ditanya sama ada beliau akan meminta Trump menghalang Perbendaharaan AS melaksanakan denda ke atas bank milik kerajaan Turki, Halkbank yang melanggar sekatan AS, Erdigan berkata, beliau yakin mereka akan mengelak ‘kesalahan’ seperti itu dengan menyatakan beliau telah berkata ‘kepercayaan yang berbeza’ antara dua lelaki.

“Pada pendapat saya, sebuah negara seperti AS tidak mahu melukai lagi sekutunya Turki. Ini bukannya tingkah laku yang rasional,” katanya dalam temubual di Kompleks Istana Dolmabahce di Bosphorus, Istanbul. – Agensi