KUALA LUMPUR – Filem terbaharu arahan Kabir Bhatia, Sangkar mendapat sambutan luar biasa apabila mencatat kutipan sebanyak RM10.3 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam.

Berita gembira itu diumumkan penerbit filem itu, Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram mereka sebentar tadi.

“Filem Sangkar telah berjaya mendapat kutipan melebihi 10.3 juta dalam masa 17 hari,” tulis laman sosial itu di ruangan status.

Sangkar memaparkan keunikan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Selain itu, naskah turut menampilkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi.

Filem itu dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi. – MalaysiaGazette