KUALA LUMPUR, 17 Sept — Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) menyelesaikan pembelian 100 peratus pegangan dalam Da Vinci Group B V yang diperbadankan di Belanda.

Susulan penyelesaian pembelian itu, Da Vinci menjadi anak syarikat milik penuh PCG berkuat kuasa serta-merta.

Pengeluar kimia itu pada Mei tahun ini mengumumkan memeterai perjanjian jual dan beli pegangan dalam Da Vinci daripada pemegang sahamnya dengan harga RM760.60 juta.

Da Vinci Group adalah syarikat liabiliti sendirian berhad dengan operasi global melibatkan penjualan semula jenama sendiri, menghasilkan dan mengeluarkan silikon, bahan tambahan minyak pelincir dan kimia. – MalaysiaGazette