TERKINI : Kes 1MDB “Saksi Buat Pusingan ‘U’ Kata TIA Bukan ‘Baby’ Najib Razak”

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mengasak Amhari yang merupakan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri itu tentang penyataan saksi dua minggu lalu.

Antaranya, tentang dakwaan penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang sebelum itu dikatakan idea serta ‘baby’ Najib oleh Amhari sebelum itu.

TIA kemudian ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2009.

Namun pada hari ini, Shafee Abdullah membuktikan ia bukanlah idea atau ‘baby’ Najib, sebaliknya merupakan ilham Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu.