Foto hiasan

MELAKA – Dua nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan di sekitar jeti gas asli cecair (LNG) Petronas sehingga Pulau Undan dekat sini, pagi semalam.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka/Negeri Sembilan, Putih Dagang, 50, dan anak lelakinya Syarul, 30, menaiki bot berwarna hijau, kuning dan merah bernombor MKS2567.

“Kedua-dua mereka keluar menangkap ikan dari Pantai Puteri di sini kira-kira 6 pagi semalam dan sepatutnya balik awal pagi tadi,” kata kenyataan itu.

APMM Melaka/Negeri Sembilan telah menggerakkan bot Petir 85 ke perairan Pantai Puteri Petir 91 untuk operasi mencari dan menyelamat.

— BERNAMA