TERKINI : Walaupun Saya Presiden “Hala Tuju Parti Adalah Urusan Pimpinan Tertinggi” – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Ibrahim Ali tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai kedudukan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berhubung persoalan sama ada mahu menyertai blok pembangkang menerusi Muafakat Nasional atau kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, segala keputusan dan hala tuju parti itu akan ditentukan oleh Dewan Majlis Tertinggi Putra dan ahli akar umbi kerana mereka akan menentukannya melalui perbincangan.