Ketua Pegawai Agensi Etiqa, Shahrul Azuan Mohamed bercakap kepada media pada Pelancaran produk IL CI Plus untuk perlindungan kesihatan mental di Dataran Maybank, Bangsar. foto FAREEZ FADZIL, 20 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Menyedari kebimbangan mengenai penyakit mental di negara ini, Etiqa melancarkan perlindungan rider bagi empat penyakit tersebut melalui IL CI Plus.

Empat penyakit itu ialah Bipolar Affective Disorder, Major Depressive Disorder, Schizophrenia dan Schizophrenia Disorder.
.
Inisiatif itu menawarkan perlindungan antara RM1,500 hingga maksimum RM30,000 bergantung kepada jumlah rider yang pilih, kata Ketua Pegawai Agensi Maybank Ageas Holdings Berhad, Shahrul Azuan Mohamed.

Menurut beliau, penyakit tekanan mental itu dijadikan perlindungan tambahan dalam 68 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Etiqa.

“Dari segi bayaran premium secara bulanan, ia bergantung kepada jumlah asas yang diinsuranskan dalam polisi perubatan atau investment link yang dibeli mereka kerana rider perlindungan ini diletakkan dibawah ‘polisi secured link’ dan boleh beli berdasarkan kemampuan anda,’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya di Menara Maybank Bangsar pagi tadi.

Pelancaran produk berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Menurutnya, perlindungan itu ditawarkan kepada bayi yang berumur 2 bulan hingga 60 tahun. – MalaysiaGazette