Datuk Dr Md Farid Md Rafik
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

KUALA LUMPUR -Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Ahli Parlimen Tanjung Piai itu percayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, memetik laporan Berita Harian Online.

“Mengenai berita Ahli Parlimen Tanjung Piai, saya sudah dimaklumkan pagi tadi dan akan melawat jenazah dari Muar terus ke Pontian pada jam 9 pagi nanti,” katanya memetik laporan BH Online.

Jenazah Md Farid Md Rafik dijangka  dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian untuk dikebumikan.

Difahamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun melawat keluarga Allahyarham untuk penghormatan terakhir.

Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai itu menang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) di Parlimen Tanjung Piai selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng dengan memperolehi 21,255 undi.

Beliau adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial. -MalaysiaGazette