Sebahagian gelagat pelajar sekolah yang memakai topeng muka kerana terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 163 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 1 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang, Selangor akan ditutup esokĀ  berikutan bacaan IPU melebihi 200 pada pukul 3 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, penutupan sekolah itu membabitkan 68,025 pelajar,

Tambahnya, bagi sekolah di kawasan bacaan IPU melebihi 100 diingatkan supaya menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah.

“Aktiviti keramaian/sukan di luar bangunan hendaklah ditangguhkan,” kata kenyataan itu.

Sekolah di negeri itu juga diingatkan untuk ditutup serta merta jika bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200 dan melaporkannya kepada Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan negeri (JPN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast