SINGAPURA – Harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi dalam dua sesi pada hari Isnin berikutan kebimbangan gangguan bekalan dari Arab Saudi dan ketegangan di Asia Barat.

Niaga hadapan Brent naik sehingga AS$65.50 setong manakala West Texas Intermediate AS$58.61 setong, bertambah AS$0.52 selepas mencecah AS$59.39 setong.

Pembeli dan peniaga masih ragu-ragu walaupun pengeksport minyak tertinggi di dunia itu berusaha untuk meyakinkan pasaran global bahawa ia boleh menyambung semula pengeluaran penuh menjelang akhir bulan ini selepas serangan loji pemprosesan minyaknya diserang baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast