Korea Utara didakwa melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu dari Wonson, pada 10 September 2019 -foto Agensi

TOKYO – Jepun gagal menjejaki laluan jarak pendek peluru berpandu Korea Utara yang dilepaskan beberapa kali sejak Mei lalu, menurut Kyodo News yang memetik sumber yang tidak dikenali.

Beberapa peluru berpandu terbang pada ketinggian rendah dan mempunyai laluan yang tidak teratur, mungkin berpotensi mencapai wilayah Jepun, kata agensi berita itu.

Perkembangan teknologi Korea Utara telah mengejutkan kerajaan Jepun, memandangkan kemungkinan peluru berpandu baru itu menjejaskan langkah-langkah pertahanan semasa, kata Kyodo lagi.

Tentera Korea Selatan nampaknya telah berjaya menjejaki peluru berpandu, kata Kyodo, lantas menimbulkan kebimbangan mengenai penarikan Korea Selatan daripada perjanjian perkongsian perisikan dengan Jepun, yang seterusnya akan memberi kesan kepada keselamatan Jepun. – MalaysiaGazette