Seorang kanak-kanak bermain disekitar kawasan rumah yang telah dirobohkan pada Rabu lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.

SUNGAI BULOH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir di sini selepas kediaman yang dihuni oleh mereka dirobohkan menggunakan jentolak.

Para penduduk yang kehilangan tempat berteduh dilihat berlindung di bawah khemah yang didirikan di sebuah kawasan lapang dan masih meneruskan aktiviti harian mereka walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna.

Kanak-kanak pula masih bersemangat mengayuh basikal dan bermain walaupun kawasan tersebut dipenuhi runtuhan konkrit selain dilihat menjamu selera di tempat terbuka.

Menurut seorang penduduk, Muhamad Nasrul Ikhwan Nasir, 35, perasaannya bercampur baur selepas mendapat perkhabaran mengenai perobohan rumah tersebut.

“Pada hari pertama selepas rumah penduduk dirobohkan, keadaan menjadi sangat kelam-kabut.

“Apa pun kami tetap rasa syukur dan terharu dengan bantuan yang dihulur selepas hampir lima hari kehilangan tempat tinggal,” katanya ketika ditemui semalam.

Rabu lalu, lebih 30 buah rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir yang dibina di atas tanah rizab milik Kerajaan Negeri Selangor dirobohkan bagi meneruskan projek meluaskan sungai di tepi kawasan perumahan terbabit untuk mengatasi masalah banjir kilat.

Projek meluaskan sungai tersebut sudah lama dijalankan namun terpaksa ditangguh beberapa kali susulan rayuan penduduk kampung.

Kawasan pintu masuk yang menempatkan sebahagian penduduk selepas kediaman mereka dirobohkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Beberapa kanak-kanak tetap kelihatan ceria sewaktu bermain walaupun hanya berlindung dibawah khemah terbuka selepas kediaman mereka dirobohkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Sebuah kotak turut diletakkan dibawah sebuah khemah untuk orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Antara bayi yang terpaksa berteduh dibawah khemah terbuka selepas rumah ibu bapa mereka dirobohkan pada Rabu lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Beberapa kanak-kanak bermain disekitar kawasan rumah yang telah dirobohkan pada Rabu lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Seorang kanak-kanak, Nurul Amira Abdullah mengisi masa lapangnya dengan mewarna lukisan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Sekawan kanak-kanak mengisi masa lapang mereka dengan mewarna lukisan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Antara barangan keperluan dan makanan yang disumbangkan oleh orang ramai kepada penduduk yang kehilangan rumah mereka selepas dirobohkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Antara barangan keperluan dan makanan yang disumbangkan oleh orang ramai kepada penduduk yang kehilangan rumah mereka selepas dirobohkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Pelbagai jenis makanan dan minuman hasil sumbangan orang ramai kepada penduduk yang kehilangan kediaman mereka selepas dirobohkan pada Rabu lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Penduduk menikmati makan tengah hari mereka dalam keadaan serba kekurangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Tiga kanak-kanak menikmati makan tengah hari mereka dalam keadaan serba kekurangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Tiga kanak-kanak sedang mencuci tangan dari sebuah tangki air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Tiga kanak-kanak sedang mencuci tangan dari sebuah tangki air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Tapak kaki seorang kanak-kanak dilihat kotor selepas bermain disekitar khemah penempatan sementara yang didudukinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Beberapa penduduk berehat dan melelapkan mata dibawah khemah sementara selepas kediaman mereka dirobohkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.
Seorang kanak-kanak sedang tidor dibawah khemah sementara selepas kediaman mereka dirobohkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.