KUALA LUMPUR – Filem terbaharu arahan Kabir Bhatia, Sangkar terus mencipta fenomena apabila mencatat kutipan sebanyak RM12 juta selepas 24 hari ditayangkan di pawagam.

Berita itu dikongsi oleh Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram mereka.

“Latest news! Sangkar telah berjaya mendapat kutipan melebihi RM12 juta dalam masa 24 hari,” tulis pengendali akaunnya.

Sangkar menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, filem itu turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Filem itu kini masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, Sangkar turut ditayangkan di Brunei dan Singapura. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast