Saksi iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Saksi kesembilan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan sebanyak AS$700 juta (RM2.9 bilion) daripada AS$1 bilion bagi usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi telah dialihkan akaun syarikat Good Star Limited.

Good Star Limited merupakan syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Itu jawapan Shahrol yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) berkata kepada Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Menurutnya, pada tahun 2010, Lembaga Penasihat 1MDB membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk pengauditan dijalankan oleh Ketua Audit Negara.

Gopal: Apa yang telah didedahkan dalam audit itu?

Shahrol: Audit pada 2010 telah dedahkan kami telah melabur dana bernilai AS$1 bilion  dengan Petro Saudi International (PSI). Sebanyak AS4300 juta telah masuk ke syarikat usaha sama antara 1MDB dan Petro Saudi manakala dana sebanyak AS$700 juta pula masuk ke syarikat lain.

Syarikat itu dikatakan dimiliki oleh BSI yang dikenali sebagai Good Star Limited. Syarikat ini juga sebelum ini dilaporkan di miliki oleh Jho Low. –MalaysiaGazette

1MDB: Najib pesan kepada Jho Low pastikan 1MDB tak diaudit