Foto Instagram Amy Search.
Foto Instagram Amy Search.

KUALA LUMPUR – Vokalis utama Search, Suhaimi Abdul Rahman menzahirkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Yazit Ahmad.

“Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini. Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan roh beliau dicucuri rahmat,” kata Amy Search dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kenyataan itu, Amy turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Yazit kerana kini berada di Jakarta, Indonesia.

Vokalis tersebut terikat dengan pekerjaannya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia.

“Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini.

“Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya,” kata Amy lagi. – MalaysiaGazette

 

Yazit Search meninggal dunia