Bekas pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmad ketika ditemu bual di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad disahkan sudah meninggal dunia jam 11.53 pagi tadi.

Berita kematian Yazid itu mula tersebar di media sosial menerusi beberapa individu seperti Huzz Aini, dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yazid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah dan dikebumikan di Raudatul sakinah Taman Selasih.

Berita kematian Yazid mula tersebar sejak tengah malam tadi apabila ada yang menyatakan beliau sudah meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di HKL. -MalaysiaGazette