TERKINI : Peguambela Ucap Terima Kasih kepada Semua Saksi dan Rakyat Malaysia

SHAH ALAM – Tiada kata yang terpacul keluar daripada mulut wanita ini sebaik Mahkamah Koroner di sini memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, disebabkan perbuatan jenayah akibat dipukul dan diserang.

Linangan air matanya yang laju dan esakannya semasa keputusan tersebut dibacakan sudah cukup menggambarkan kedukaannya selama ini terbayar dengan keadilan.

Syazlin Mansor sebelum ini terpaksa menarik diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia dalam inkues siasatan punca kematian Muhammad Adib.