Sebahagian kawasan Uttar Pradesh dinaiki air selepas hujan lebat melanda. foto AGensi

NEW DELHI – Hampir 50 orang maut dalam tempoh 24 jam selepas Uttar Pradesh, wilayah utara India dilanda hujan lebat.

Hujan lebat itu menyebabkan air sungai meningkat melepasi paras amaran.

Kes kematian itu disebabkan hujan lebat dan insiden berkaitan hujan melepasi 48 orang dalam tempoh 24 jam, kata Pesuruhjaya Bantuan, GS Priyadarshi.

Malah, hujan lebat menjejakan kira-kira 580,000 orang, terutama yang tinggal di bahagian timur negeri itu, yang mana berisiko banjir.

Hujan monsun selalunya bermula pada awal bulan September tetapi bertangguh pada tahun ini.

Sebahagian kawasan, hujan lebat telah menenggelamkan ladang tebu dan sawah padi, juga menyebabkan kes kematian.

Khamis lalu, 11 orang maut dan 6 hilang selepas bandar Pune dan sekitarnya dilanda banjir kilat. – MalaysiaGazette