Setiausaha Dal;am Negeri Britain, Priti Patel nafi peluang kedua untuk Shamimi Begum pulang ke Britain selepas menyertai Daesh pada 2015.

LONDON – Seorang gadis remaja yang menyertai kumpulan militan Daesh di Syria dinafikan peluang untuk kembali semula ke United Kingdom (UK).

Remaja itu dimaklumkan kerajaan UK bahawa dia tidak akan dibenarkan untuk pulang semula.

Shamima Begum, 19 masih tinggal di kem pelarian yang mana bayi lelakinya meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan pada Februari tahun lalu.

Minggu lalu Shamima merayu kerajaan Britain supaya dibenarkan kembali ke pangkuan keluarganya kerana tahap kesihatan mental terjejas.

Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel memberitahu Shamima supaya tidak berharap atau bermimpi dibenarkan kerajaaan untuk pulang semula.

Shamima antara tiga gadis remaja sekolah yang meninggalkan Britain dan menyertai kumpulan Daesh pada 2015.

Dia yang dijejaki awal tahun ini meluahkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan keluarga namun kewarganegaraan Britishnya dibatalkan.

Dalam satu temubual khas bersama Daily Mail, Shamima menyatakan dia hanya dijadikan sebagai hamba untuk melahirkan anak oleh anggota lelaki kumpulan pengganas itu.

Namun selepas tuntutannya untuk pulang ke negaranya dirujuk kepada Setiausaha Dalam Negeri, Priti membalas dengan jawapan, “Tiada peluang, tiada peluang (untuk Shamima).

“Tugas kami adalah untuk memastikan negara ini selamat dan tidak memerlukan orang yang mengancam dan meninggalkan negara untuk menyertai kumpulan maut yang mengamalkan ideologi itu.

“Kami tidak boleh mempunyai orang yang boleh mengancam keselamatan komuniti dibenarkan masuk ke negara ini, ia termasuklah wanita.

“Saya memperhalusi segala-galanya dalam aspek keselamatan dan risikan dan tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan sesiapa sahaja yang pernah aktif dalam militan IS masuk ke negara ini semula,” tegas Priti.

Shamimi mengeluh dia telah kehilangan semua kawannya termasuk yang ikut bersamanya ke Syria dan kini tidak mempunyai rakan sejati.

Shamimi mendakwa dia kini memerlukan rawatan mengubati penyalit mental akibat melalui detik yang penuh keseksaan.

Dia dikahwinkan dengan seorang lelaki yang memeluk Islam, Yago Riedijk dalam tempoh 10 hari selepas tiba di Syria dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Jarrah pada 16 Februari tahun ini sebelum meninggal dunia akibat pneumonia seminggu kemudian.

Peguam keluarga Shamimi Mohammed Akunjee mendesak kerajaan UK supaya menarik balik keputusan pembatalan kerakyatan gadis itu.

Mohammed berhujah bahawa pembatalan kerakyatan hanya sah sekiranya seseorang di Britain memiliki dua kewarganegaraan berbeza.

Shamimi difahamkan boleh mendapatkan perlindungan di Bangladesh memandang latar belakang keluarganya berasal dari negara itu, bagaimanapun negara Islam itu menafikannya. – Agensi