KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Nurammar Abu Bakar meninggal dunia di di Sarajevo, Bosnia.

Menurut PPIPBM, pihaknya akan memaklumkan tarikh serta masa pengebumian allahyarham akan diadakan dan mendoakan supaya pengurusan jenazah untuk kembali ke tanah air Malaysia berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

“Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, dukacita dimaklumkan bahawa DATUK NURAMMAR ABU BAKAR telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 29 September 2019 bersamaan 29 Muharram 1441 di Sarajevo, Bosnia,” katanya menerusi hantaran Facebook.
PPIPBM mengucapkan takziah kepada keluarga serta sahabat handai allahyarham. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast