Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Negara di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 OKTOBER 2019

PUTRAJAYA – Jika ditetapkan tarikh peralihan kuasa, tetapi ada kerja yang separuh siap atau belum dibuat lagi, keadaan itu boleh menimbulkan kesukaran.

Itu jawapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya sama ada satu tarikh perlu ditetapkan bagi peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengelak timbul kebimbangan rakyat.

“Kita tidak bincang apa-apa. Kita kena lihat kepada keadaan, jika ditetapkan tarikh, tapi ada kerja yang separuh siap atau belum dibuat lagi, susahlah” katanya ketika diserbu wartawan selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di sini.

Baru-baru ini Syed Husin yang juga bekas timbalan presiden PKR mendakwa hasrat Dr Mahathir untuk berundur daripada jawatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh PH kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Kalau PRU15 baru serah jawatan, itu membunuh parti dan PH – Syed Husin

Tidak ada langsung garis masa 2 tahun – Syed Saddiq jawab Syed Husin

 

1 Komen

Comments are closed.