Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali bercakap kepada media selepas Majlis Memperingati Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Auditorium Fakulti Ekonomi Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Tindakan menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri akan membunuh Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Syed Ali berkata, penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam masa tiga tahun atau sebelum PRU15 akan menyebabkan Anwar tidak bersedia untuk menghadapi PRU.

Ini kerana, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk membuat persediaan.

“Kalau PRU15 baru serah (jawatan PM kepada Anwar) itu nak membunuh parti dan PH, tak ada masa untuk Anwar berkempen, dia mesti bersedia sekurang-kurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menjadi moderator Majlis Memperingati 50 tahun Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Auditorium Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya.

Anwar dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dijadualkan menjadi ahli panel program itu namun tidak dapat hadir.

Ahli Parlimen Port Dickson itu ketika ini menemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri menziarahi Istana Kelantan berikutan kemangkatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, hari ini.

Manakala Mohamad Sabu kini berada di luar negara atas urusan rasmi.

Dr Syed turut berkata, beliau tidak boleh berpegang kepada cakap-cakap Dr Mahathir berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh yang dijanjikan.

“10 kali dia cakap, 10 kali dia punya jawapan,” tambahnya.

“Mahathir ini dia cakap begini sekali, sekali begitu. Saya memang tak boleh pegang cakap dia. Kadang-kadang dia buat keputusan bersama dengan pimpinan tetapi dia akan buat benda lain, nanti dia kata dia lupa.

“Bukan Melayu sahaja lupa, Mahathir pun selalu lupa,” katanya lagi.

Dr Syed Husin merujuk kepada kenyataan yang dibuat Dr Mahathir pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, kelmarin bahawa beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri.

Syed Husin menambah, walaupun Dr Mahathir dan Anwar sudah mencapai kesefahaman berhubung penyerahan jawatan itu namun perlu menunggu sama ada kesefahaman itu dipegang atau dilaksanakan oleh Pengerusi PH nanti.

“Mungkin awal, mungkin kemudian dan apa pun boleh berlaku. Bukan sahaja sikap Mahathir akan menentukan, tetapi sikap dia (Mahathir) nanti boleh menentukan sikap umum terhadap dia. Selain daripada Allah menentukan,” tambah beliau.

Pada Jun lalu, dalam wawancara bersama wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendirian bahawa beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar dalam tempoh tiga tahun. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Terlalu mendesak untuk mendapat jawatan itu sebenarnya membunuh PH… akan nampak ikaran tak kuat.. setiap hari dok buat tuntutan akan menggangu tugas Tun…

  2. Bg bang non 10 thun pun xpaa…bkn raayat nk dia jd pm… Raayat xnk mnanggung dosa dn bala…serah lh pd yg ada maruah untuk jd pm…bkn nya bekas biduan pujaan… Yg nk bang non jd pm hanya kau dn party kunyit jaa…pandangan kau bgitu..aku dn mejority raayat bgini….xnk bang non mjd pm…agung ampun kn dia atas ksalahan apa..?liwat atau xada ksalahan…klu xda ksalahan apa guna pngampunan agung tu..

  3. Hati budi manusia ini pelbagai. Sukar diduga. Bergantung keadan. Masa terdesak apapun tidak mustahil. Asalkan klimaks kaw-kaw dia tercapai

Comments are closed.