Pelabuhan Singapura

SINGAPURA – Ekonomi Singapura masih belum mengalami kemelesetan lagi, meskipun begitu kerajaan sedang memantau keadaan secara rapat dan akan mengambil langkah dengan pendekatan sokongan jika perlu, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah.

“Kami bukan baru dalam menghadapi situasi ekonomi yang sukar, kami bukan baru kepada kemelesetan.

“Kami tidak fikir kami telah mengalami kemelesetan, tetapi kami terus memantaunya,” kata Rajah, yang juga Menteri Kedua Kewangan dan Pendidikan Kedua

Eksport teguh Singapura telah mula merasakan tekanan ekoran perang Amerika Syarikat-China.

Singapura telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini kepada hampir sifar selepas ekonomi menguncup sebanyak 3.3% tahunan pada suku kedua berbanding suku

“Jika ada keperluan, kerajaan perlu campur tangan, kami akan berbuat demikian. Seandainya kita memerlukan beberapa jaring keselamatan dan penampan, maka agensi-agensi kita perlu melangkah masuk,” katanya lagi.

Dengan pilihan raya yang semakin hampir, Rajah berkata, Singapura memerlukan kerajaan yang dapat menyediakan kestabilan, mengembangkan ekonomi, memberi tumpuan kepada pekerjaan dan membina sebuah negara untuk masa depan. – MalaysiaGazette