TERKINI : GST “Jika Itu Kehendak Rakyat” – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Belum ada sebarang komitmen daripada kerajaan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, kerajaan sedia memberi maklum balas terhadap reaksi serta kehendak rakyat.

“Kerajaan akan respon terhadap apa saja reaksi dan kehendak rakyat, tapi apakah itu satu-satunya kehendak rakyat dalam soal cukai, kita tak tahu lagi.

“Saya anggap sebagai ianya berhenti kat situ dulu, belum ada satu komitmen yang terang daripada kerajaan berkaitan dengan isu GST,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia anjuran Shopee, di sini, hari ini.