Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Ucapan yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kongres Maruah Melayu ‘kurang perisa’, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, impian orang ialah mesej Dr Mahathir yang lebih jelas.

“Apapun, Kongres tadi telah berjaya menghimpunkan orang Melayu dari pelbagai latar dan mengenepikan perbezaan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau turut melahirkan harapan isyarat jelas bahawa umat Islam di negara ini bersatu dalam menghadapi ancaman masa depan di tanah air ini.

Menurutnya, resolusi-resolusi Kongres Maruah Melayu jelas menuntut hak dan identiti Islam di negara ini.

“Kita menyeru agar bersatulah wahai umat ini dalam menghadapi ancaman terhadap jasadmu!!!,” ujar beliau. – MalaysiaGazette