Gambar hiasan. foto Getty Images

NEW YORK – Harga minyak susut selepas Washington menyenarai hitamkan lebih banyak syarikat China, menjejaskan harapan rundingan perdagangan antara dua negara.

Pada sesi awal, Brent dan West Texas Intermediate (WTI) naik lebih 1% tetapi pada penyelesaian, Brent susut sebanyak AS$0.11 sen kepada AS$58.24 setong.

Manakala WTI pula jatuh AS$0.12 kepada AS$52.63 setong.

Harga mencatatkan kerugian sedikit dalam perdagangan pasca penyelesaian selepas data Institut Petroleum Amerika menunjukkan inventori minyak meningkat sebanyak 4.1 juta tong pada minggu yang berakhir pada 4 Oktober, jauh melampaui ramalan penganalisis 1.4 juta tong.

Pelabur berhati-hati menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China di Washington pada hari Khamis ini.

Ini kerana, Presiden Donald Trump berkata, tidak mungkin persepakatan perjanjian perdagangan dapat dicapai dengan cepat.

Washington dijangka memulakan perbincangan mengenai kemungkinan sekatan ke atas aliran modal ke China, dengan tumpuan terhadap pelaburan oleh dana pencen kerajaan AS., kata Bloomberg.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS. (EIA) pula mengurangkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak 2020 dunia sebanyak 100,000 tong sehari kepada 1.30 juta tong. – MalaysiaGazette