Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. foto HAZROL ZAINAL,.

KUALA LUMPUR –  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk kesekian kalinya, beliau tidak akan merendah-rendahkan mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan panggilan ‘barua’, lebih-lebih lagi di hadapan perdana menteri dan Kabinetnya.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau hanya menyebut perkataan maruah dan bukannya barua sepertimana yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, Ahad lalu.

“Ada permintaan ekstremis, saya tidak merujuk kepada kongres, saya mempunyai beberapa kontroversi yang saya katakan maruah, mereka katakan barua.

“Saya tak pernah kata perkara itu (barua) di hadapan Mohamad Sabu dan Perdana Menteri Dr Mahathir.

“Anda boleh lihat bagaimana bentuk politik yang menyedihkan,” katanya pada berucap pada Seminar Kepimpinan APEX di Hotel Pullman, Bangsa, di sini, hari ini.

Terdahulu Presiden PKR itu menyelar penularan video mendakwa beliau menyebut Kongres Maruah Melayu sebagai kongres baruah dalam satu sidang media Majlis Presiden PH di Putrajaya, Ahad lalu.

Anwar menyifatkan tindakan itu sebagai politik bangang ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak boleh menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia yang ingin mengadakan sebarang persidangan, lebih-lebih lagi untuk membuat tuntutan kepada bangsa, agama mahupun kawasan tertentu.

“Negara ini mesti memastikan keselamatan dan masa depan untuk semua.

“Saya tidak menyangkal betapa pentingnya bahasa (Melayu) sebagai bahasa kebangsaan, saya akan ambil perhatian jika mereka mempersoalkannya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.